Ikuti Kami:

“Saya Tidak Selesa..” – Dikritik ‘Follow’ Pelbagai Influencer Bermasalah, Choo Youngwoo Mohon Maaf

“Saya Tidak Selesa..” – Dikritik ‘Follow’ Pelbagai Influencer Bermasalah, Choo Youngwoo Mohon Maaf

Kalau dah ‘tertangkap’, kena lah minta maaf kan?

Terbaru, Choo Young-woo memohon maaf atas kontroversi yang melibatkan aktivitinya di media sosial. Cho Young-woo baru-baru ini meraih perhatian apabila screenshot senarai akaun yang diikutinya tersebar di komuniti dalam talian, mencetuskan perdebatan kerana beliau didapati mengikuti beberapa influencer dan streamer yang terkenal dengan kandungan berunsur sensitif.

Choo Young-woo berkongsi,

Apabila menerima banyak perhatian dan kasih sayang, saya menyedari bahawa saya perlu lebih berhati-hati dengan kata-kata dan tindakan saya. Saya sedar bahawa niat dan pemikiran peribadi saya boleh ditafsirkan secara berbeza oleh orang lain dan boleh menyebabkan salah faham.

choo youngwoo

Dia menambah,

Saya tidak mempunyai niat tertentu di sebaliknya. Saya sering menonton Reels dan Shorts, dan saya benar-benar memohon maaf atas sebarang ketidakselesaan yang mungkin timbul akibat perkara tersebut. Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Apabila ditanya sama ada dia merasa tidak adil mengenai kontroversi yang melibatkan privasinya, Cho Young-woo menjawab bahawa dia perlu mengatasi hal ini memandangkan dirinya yang benar-benar sukakan bidang lakonan dan tidak mahu menjejaskan peluang itu.

Gitulah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TV Daily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...