Pelakon Choo Young-woo tak dinafikan semakin mengecap populariti kini selepas membintangi “‘The Trauma Code: Heroes on Call”.
Namun baru-baru ini, nama Choo Young-woo hangat menjadi kontroversi selepas netizen mendapati bahawa dia mengikuti akaun Instagram penyanyi rap Jung Sang-soo, yang pernah terpalit dengan skandal seperti memandu sambil mabuk, pertengkaran dengan pegawai polis, sokongan terhadap kumpulan anti-feminis dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, sesetengah netizen juga jijik selepas melihat lelaki tersebut turut mengikuti akaun Instagram seorang penstrim iaitu Kubin, yang terkenal kerana sering berkongsi kandungan provokatif.
Sejurus selepas itu, Choo Young-woo dilihat terus ‘unfollow’ kedua-dua akaun tersebut di Instagram, selepas perasan dengan kecaman dari orang ramai.
Namun setakat ini, tiada kenyataan dari agensi pelakon itu lagi mengenai kontroversi ini.