Ikuti Kami:

“Saya Tidak..” – Foto Penampilan ‘Tak Terurus’ Tular, Eric SHINHWA Beri Penjelasan

“Saya Tidak..” – Foto Penampilan ‘Tak Terurus’ Tular, Eric SHINHWA Beri Penjelasan

Eric sakit ke?

Tular di media sosial baru baru ini apabila Eric SHINHWA memuat naik sebuah gambar menunjukkan dirinya seperti tidak terurus.

Rata-rata netizen membuat spekulasi sendiri mengatakan bahawa Eric sedang mengalami masalah kesihatan.

Oleh sebab itu, Eric tampil memberi kenyataan sebenar tentang keadaan dirinya berkaitan gambar terbabit. Jelas Eric, sejak menjadi seorang ayah, dia lebih menfokuskan menjaga anak sehingga tidak sempat untuk tidur serta menjaga diri sendiri.

Tambahnya lagi, gambar yang dimuat naiknya itu diambil ketika sebuah majlis dan malam sebelumnya dia tidak berkesempatan untuk melelapkan mata. Selain itu, dia juga menyangkal dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan bahawa kondisi kesihatannya sekarang tidak begitu baik.

Dalam pada itu, Eric berkahwin dengan isteri, Na Hye-mi pada 2017 dan pada awal tahun ini mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Pengorbanan seorang ayah.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...