Ikuti Kami:

“Macam Pak Cik 50 Tahun” – Netizen Terkejut Lihat Penampilan ‘Tak Terurus’ Eric Selepas Jadi Bapa

“Macam Pak Cik 50 Tahun” – Netizen Terkejut Lihat Penampilan ‘Tak Terurus’ Eric Selepas Jadi Bapa

Bukan mudah nak menjaga penampilan diri apabila semakin banyak tanggungjawab dalam hidup.

Terbaru, satu entri di laman komuniti Korea dengan tajuk ‘Keadaan mengejutkan terkini Eric SHINHWA’ telah tular.

Dalam entri itu, individu berkenaan telah memuat naik foto Eric di mana dia kelihatan tidak dikenali dengan memakai T-shirt hitam kasual. Nyata mengejutkan, netizen terperanjat apabila melihat wajahnya yang semakin menua, selain berat badannya turut kelihatan bertambah.

eric

Komen orang ramai,

Dia dah tak kisah, sebab selebriti jarang nak tangkap gambar seperti ini. Ini sebab mereka mahu berasa selesa ketika tiada projek. Melampau lah komen di sini..

 

Nampak macam pak cik berusia 50 tahun..

 

Alaaa nanti dia kembali ke penampilan asal bila dibayar.

 

Macam lah korang elok sangat..

Dalam pada itu, Eric berkahwin dengan Na Hye-mi pada 2017 sebelum dikurniakan anak pertama pada awal tahun ini.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...