Sudah hampir dua minggu berlalu namun nama “Money Heist Korea” masih lagi meniti di bibir ramai peminat K-Drama di seluruh dunia.

Bukan sahaja babak aksi melibatkan rompakan namun kisah cinta yang dipaparkan dalam siri Netflix itu turut menjadi plot kesukaan ramai. Antara pasangan yang menjadi kegemaran penonton ialah Denver (Kim Ji-hun) dan Mi-sun (Lee Joo-bin).
Menerusi sebuah temubual, Lee Joo-bin berkongsi lebih mengenai wataknya serta persiapan yang dilakukan bagi menjayakan “Money Heist Korea”. Jelasnya, Mi-sun ialah merupakan seseorang wanita Korea Utara yang hilang arah apabila lelaki yang dipercayainya belot. Namun dia menemui harapan baru apabila dijaga dan dibelai baik oleh Denver, seorang lelaki bengis yang berhati lembut.
Mengulas mengenai keserasian bersama Kim Ji-hun, katanya,
Kim Ji-hun mereka watak yang penyayang dan baik, tak seperti yang tertulis di dalam skrip. Saya menjalani uji bakat untuk siri ini dengan mengetahui akan ada babak ranjang di dalamnya. Pengarah mengatakan bahawa babak itu tidak akan seghairah siri asal, selain menjelaskan bahawa dia akan mengeluarkan mana-mana babak intim yang tidak diperlukan daripada siri ini. Selepas membaca skrip, saya faham mengapa dia membuat keputusan tersebut.
Tambahnya lagi,
Saya percaya keserasian emosi adalah lebih penting daripada keserasian fizikal, jadi saya mencuba yang terbaik untuk menyampaikan emosi menerusi watak saya untuk babak sedemikian.
Dalam pada itu, Lee Joo-bin mengakui bahawa dia tidak pernah merakamkan babak intim sebelum ini,
Saya tiada pengalaman dengan babak di ranjang. Jadi, saya mencari pelbagai filem dan drama bagi menghidupkan babak itu.
Membuktikan kesungguhan bagi membawa watak ini, Lee Joo-nin mendedahkan bahawa dia menjalani PT (latihan peribadi) dua kali seminggu dan melakukan Pilates lima kali seminggu bagi memastikan stamina tubuh yang baik untuk menampilkan watak Monica.
Lee Joo-bin cantik sangat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi