Ikuti Kami:

“Ia Berlaku Pantas” – Kim Jihun Ulas Babak Intim ‘Panas’ Dengan Lee Joobin Dalam ‘Money Heist Korea’

“Ia Berlaku Pantas” – Kim Jihun Ulas Babak Intim ‘Panas’ Dengan Lee Joobin Dalam ‘Money Heist Korea’

Sudah seminggu disiarkan, sepertinya “Money Heist – Joint Economic Area” masih lagi menjadi bualan ramai peminat K-Drama.

Bukan sahaja babak pertempuran antara perompak dan polis, namun hubungan cinta yang terbina di antara watak juga merupakan perencah yang digemari ramai. Antara dari watak yang menerima sokongan ramai ialah Denver (Kim Ji-hoon) dan Mi-sun (Lee Joo-bin).

Dalam sebuah temubual, Kim Ji-hoon sempat mengulas mengenai kepopularitian pasangan itu,

Saya tak menjangkakannya. Kerana ia bukan situasi yang sesuai untuk menjalinkan hubungan cinta dengan tenang, tak sangka hubungan romantik Mi-sun dan Denver menerima perhatian ramai. Terima kasih kerana memberikan kasiha sayang dan saya sedang mengalami perhatian ‘hangat’ yang diberikan semua kini.

kim jihun money heist

Lelaki itu juga ditanya bagaimana keserasian yang dibina dengan Lee Joo-bin sebelum merakam babak cinta mereka,

Saya dan Lee Joo-bin memulakan penggambaran dengan bebanan bahawa ‘kami akan merakam babak intim nanti’. Ini kerana kami membuat keputusan untuk menerajui drama ini selepas mengetahui mengenai babak itu. Sebelum projek bermula, kami berbincang mengenai pelbagai perkara dan berjanji untuk melakukan yang terbaik meskipun sukar lantas memberikan sokongan buat satu sama lain.

Kim Ji-hun turut menjawab sama ada dia berpuas hati dengan babak intim yang dirakam,

Saya merakamnya tanpa berfikir. Walaupun saya sudah lama berlakon, tapi ini merupakan babak intim secara nyata yang pertama buat saya dan Lee Joo-bin. Apa yang kami boleh lakukan hanyalah fokus dan melakukan yang terbaik. Tak disangka tapi rakaman itu berakhir dengan pantas.

lee joobin misun

Tambahnya lagi,

Tapi saya tak sampai hati nak minta melihat rakaman babak intim itu semula. Sebabkan tak melihatnya di monitor, (gelak) saya pun nak tahu bagaimana ianya dirakam. Saya berasa malu apabila melihatnya. Saya tak pasti bagaimana penerimaan penonton (ketawa).

Okay tak Kim Ji-hoon berlakon sebagai Denver dalam “Money Heist – Joint Economic Area”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...