Baru 3 Hari, ‘Money Heist – Joint Economic Area’ Berjaya Raih 33.74 Juta Jam Tontonan Di Netflix Global
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Korang dah tonton belum kesemua episod bahagian pertama “Money Heist – Joint Economic Area” di Netflix kini?
Terbaru, siri “Money Heist” pembuatan semula versi Korea “Money Heist – Joint Economic Area” telah berjaya menduduki tempat pertama dalam kategori Top 10 Rancangan TV (Bukan Bahasa Inggeris) global Netflix dalam masa hanya tiga hari selepas dikeluarkan.
Setakat 29 Jun, “Money Heist – Joint Economic Area” telah memperoleh 33.74 juta jam tontonan dalam masa tiga hari sahaja selepas tayangan. Bukan itu sahaja, siri itu juga telah disenaraikan dalam Top 10 carta Netflix Teratas di 51 negara termasuk Itali, Mexico, Thailand dan menduduki tempat pertama di enam negara termasuk Malaysia.

Dalam pada itu, “Money Heist – Joint Economic Area” menceritakan dunia di mana utara dan selatan Korea yang dalam usaha untuk digabungkan di mana mereka mempunyai akses bebas antara satu sama lain di suatu kawasan dipanggil ‘Joing Economic Area’. Walau bagaimanapun, dalam diam sekumpulan perompak merancang untuk melakukan rompakan besar-besaran sebanyak 4 trilion won dengan sekumpulan pihak berkuasa yang cuba menghalangnya.
Best tak korang?
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




