Ikuti Kami:

“Dah Jangka Reaksi Baik, Buruk” – Pengarah Kongsi Plot Bahagian 2 ‘Money Heist – Joint Economic Area’

“Dah Jangka Reaksi Baik, Buruk” – Pengarah Kongsi Plot Bahagian 2 ‘Money Heist – Joint Economic Area’

Beberapa hari tayangan, nampaknya “Money Heist – Joint Economic Area” berjaya merebut hati penonton seluruh dunia apabila menduduki tangga ke-3 dalam ranking global Netflix kini.

Menerusi sebuah tembual, pengarah Kim Hong-sun berkongsi pendapat mengenai reaksi penonton serta plot yang akan dipaparkan dalam bahagian kedua siri ini nanti.

Kata pengarah itu,

Reaksi sebegini boleh dijangka. Saya merasakan akan ada perbezaan pendapat kerana ramai yang pernah menonton siri asal (“Le Casa De Papel”) dan menghormatinya, jadi pasti akan ada reaksi berbelah bagi.

Jelasnya lagi,

Kami cuba menerima sebanyak mungkin kekuatan dari naskhah asal dan merasakan bahawa ianya lebih menarik dengan penceritaan tersendiri. Saya tak mahu merosakkan keseronokkan dan perwatakan asal. Dan kami meletakkan secukupnya.

netflix money heist - joint economic area

Dalam pada itu, Kim Hong-sun berkongsi bahawa dia sedang menjalani pos-produksi untuk bahagian kedua “Money Heist – Joint Economic Area” kini,

Ianya akaan lebih menyeronokkan kerana banyak latar belakang yang baru.

Untuk versi ini, “Money Heist – Joint Economic Area” menceritakan dunia di mana utara dan selatan Korea yang dalam usaha untuk digabungkan di mana mereka mempunyai akses bebas antara satu sama lain di suatu kawasan dipanggil ‘Joing Economic Area’. Walau bagaimanapun, dalam diam sekumpulan perompak merancang untuk melakukan rompakan besar-besaran sebanyak 4 trilion won dengan sekumpulan pihak berkuasa yang cuba menghalangnya.

Nantikan bahagian kedua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...