Ikuti Kami:

‘Money Heist – Joint Economic Area’ Trending Kini, Penonton Kata Satu Babak Ini Tak Masuk Akal

‘Money Heist – Joint Economic Area’ Trending Kini, Penonton Kata Satu Babak Ini Tak Masuk Akal

Terbukti promosi besar-besaran Netflix membuahkan hasil apabila siri Korea “Money Heist -Joint Economic Area” trending di platform itu kini.

Dalam lautan pujian yang diberikan penonton, terdapat sedikit kritikan yang diberikan buat siri adaptasi “La Casa De Papel” ini. Sepertinya ada beberapa babak yang dilihat tidak masuk akal ataupun tidak perlu dimasukkan di dalam 6 episod yang padat ini.

Babak yang dimaksudkan ialah Jeon Jong-seo yang membawa watak Tokyo merupakan seorang gadis dari Korea Utara dan didedahkan sebagai ARMY ataupun peminat BTS. Katanya, dia merupakan ‘ARMY istimewa’ memandangkan dia benar-benar berkhidmat sebagai tentera untuk Korea Utara.

jeon jongseo money heist

Meskipun hanya seketika, namun babak pengenalan wanita itu beserta tariannya dikatakan sebagai ‘cringe’ dan tidak diperlukan. Kata mereka,

Ianya dengan nyata mengatakan ‘Hello, drama ini dibuat oleh negara asal BTS..’

 

Saya hampir menutup siaran apabila babak ini ke udara. Nasib baik plotnya membaik dalam episod akan datang.

 

Bukan kah siri ini sepatutnya serius dan kelam? Apa yang mahu disampaikan dalam babak ini?

 

Babak pembukaan adalah sesuatu yang sangat penting dalam drama tapi babak ini membuatkan ramai mahu menutup siaran.

 

Saya berasa malu untuknya.

 

Mereka nak bagi nampak jelas bahawa Korea popular dengan K-Pop tapi penyampaiannya sangat buruk.

 

Ianya tak akan menjadi jelek sangat sekiranya babak tarian dibuang.

 

Memalukan, kena juga cakap pasal BTS.

Hmmm. apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...