Ikuti Kami:

“Saya Tiada Pendapatan..” – Kim Jihoon Akui Tawaran Berlakon Lebih Banyak Selepas Berambut Panjang

“Saya Tiada Pendapatan..” – Kim Jihoon Akui Tawaran Berlakon Lebih Banyak Selepas Berambut Panjang

Siapa sangka rezeki Kim Ji-hoon semakin luas selepas menukar gaya rambutnya.

Terbaru, Kim Ji-hoon telah muncul sebagai tetamu dalam program di YouTube “Salon Drip 2”, bersama pelakon “Ballerina” lain seperti Jeon Jeong-seo dan Park Yoo-rim.

Dalam program itu, pelakon lelaki tersebut ada berkongsi sebab dia memilih untuk mengekalkan rambut panjangnya ketika berlakon. Jelasnya,

Ada satu ketika di mana saya melalui banyak kesusahan sebagai seorang pelakon. Dulu, saya ada imej seperti seorang pengurus yang rajin dan matang. Imej seperti itu terlalu kuat sehingga ramai orang sangka saya tidak sesuai dengan karya yang trendy.

Sambung Kim Ji-hoon lagi,

Jadi saya memutuskan untuk melakukan sesuatu tetapi ia mengambil masa lebih lama dari yang saya fikirkan. Kira 2 atau 3 tahun, saya melalui masa yang sukar kerana sekiranya tidak bekerja, kami tidak akan ada pendapatan. Jadi, saya tidak pergi ke salun, saya tak tengok cermin dan sebab itu, rambut saya panjang seperti ini.

kim jihoon

Kemudian, pelakon berumur 42 tahun itu mendedahkan bahawa dia semakin dapat peluang lakonan yang lebih banyak selepas tampil dengan imej rambut panjang,

Kebetulan pada waktu itu, saya mendapat skrip untuk ‘Flower of Evil’ untuk memainkan watak yang mati otak selama 7 tahun dan rambut panjang sesuai dengan peranan itu. Ia membantu saya menukar imej saya. Selepas itu, saya bersyukur kerana hakikat saya dapat terlibat dalam projek yang hebat seperti ‘Ballerina’ dan bermacam lagi.

Rezeki Kim Ji-hoon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...