Ikuti Kami:

“Ianya Buat Saya Emosi…”- Kim Jihoon Dedah Tidak Suka Watak Dalam Filem ‘Ballerina’

“Ianya Buat Saya Emosi…”- Kim Jihoon Dedah Tidak Suka Watak Dalam Filem ‘Ballerina’

Pelakon Kim Ji-hoon telah mendedahkan bahawa pada mulanya dia risau untuk berlakon dalam filem “Ballerina”.

Ketika ditemu bual oleh pihak media, Kim Ji-hoon telah menceritakan pengalamannya berlakon sebagai watak jahat yang menjual rakaman seksual wanita di dalam filem ini.

Katanya,

Ianya berbeza dengan watak-watak yang pernah saya bawa sebelum ini. Jenayah yang watak ini buat mungkin lagi ringan dari pembunuh.

Tambahnya lagi,

Namun, saya sangat bimbang kerana jenayah ini melibatkan ramai orang terutamanya wanita. Jadi saya tidak dapat mengelak daripada membenci watak ini malah ianya juga membuatkan saya emosi.

kim jihoon

Pelakon itu juga berkata,

Syarikat saya juga pada mulanya mempunyai banyak kebimbangan jadi kami sangat berhati-hati dalam membuat keputusan. Dalam masa yang sama, secara peribadinya saya menyukai senario-senario yang terdapat dalam filem itu dan saya juga mempercayai pengarah serta barisan pelakon yang lain.

Adunya lagi,

Tetapi, dari segi filem saya memutuskan untuk membawa watak ini kerana saya percaya bahawa filmografi saya tidak akan menjadikan cerita ini gelap, dan jika saya berjaya melakukannya dengan baik saya juga dapat memberikan kesan kepada orang ramai. Walaupun watak yang dibawakan oleh saya ialah watak jahat.

Bagi yang tidak mengetahui, “Ballerina” merupakan sebuah filem bergenre aksi dimana watak utama ingin membalas dendam diatas kematian rakannya yang menjadi mangsa kepada rakaman seksual.

Korang semua dah tengok ke belum filem ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...