Ikuti Kami:

“Saya Tiada Duit..” – Kakak Imbas Kembali Kemalangan Ngeri Hampir Meragut Nyawa Kyuhyun SuJu Pada 2007

“Saya Tiada Duit..” – Kakak Imbas Kembali Kemalangan Ngeri Hampir Meragut Nyawa Kyuhyun SuJu Pada 2007

Peminat pasti tahu bahawa 4 ahli Super Junior ini pernah mengalami kemalangan kereta yang teruk pada 2007 yang lalu.

Bagi yang belum tahu, pada April 2007, Leeteuk, Eunhyuk, Kyu-hyun dan Shindong telah mengalami kemalangan kereta yang mengerikan, yang dilaporkan sebab tayar pancit yang menyebabkan kereta itu terbalik di tengah jalan.

Khususnya, Kyu-hyun ahli yang cedera paling teruk sehingga patah tulung rusuk, sehingga menembus paru-parunya.  Pada waktu itu, idola tersebut dikatakan berdepan risiko 20% kehilangan suara jika menjalani pembedahan namun, dia tabah dan dapat mengekalkan nyawa serta suaranya.

kyuhyun super junior

Terbaru dalam siaran 3 Julai program “Walking into Frenzy”, kakak Kyu-hyun iaitu Jo A-ra telah tampil, di mana dia bercakap tentang kemalangan yang hampir meragut nyawa adiknya itu. Dia mengimbas kembali,

Semasa itu, saya belajar di luar negara dan pada pertengahan semester. Saya tidak mempunyai wang untuk beli tiket kapal terbang jadi, saya bermati-matian cari telefon dan internet, memohon, ‘Tolong selamatkan Kyu-hyun’.

Tambahnya lagi dengan menyatakan rasa sayangnya pada Kyu-hyun,

Dia sangat berharga dan tidak boleh digantikan. Tidak kira apa yang Kyu-hyun katakan, segala-galanya tentang dia adalah indah dan berharga bagi saya.

Nasib semuanya dah baik-baik sahaja..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...