Ikuti Kami:

“Ia Sedap” – Peminat Teruja Lihat Sehun EXO Nikmati Makan Putu Bambu Di Malaysia

“Ia Sedap” – Peminat Teruja Lihat Sehun EXO Nikmati Makan Putu Bambu Di Malaysia

Umum pasti mengetahui bahawa pada tahun 2023 ini akan ada ramai selebriti Korea yang bakal menemui peminat di Malaysia.

Terbaru pada 14 Mei, Chan-yeol dan Se-hun EXO telah mengadakan konsert perjumpaan peminat “Back to Back” yang berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Selain membuat persembahan seperti tarian dan nyanyian, kedua idola itu turut bermain kuiz atau permainan dan juga mencuba makanan tradisional yang terkenal di Malaysia.

Dalam satu permainan yang dipanggil ‘Noise Relay’, Chan-yeol dan Se-hun harus bersaing untuk menyelesaikan pelbagai tugas dalam masa yang paling singkat. Hanya dalam masa 50 saat, Se-hun berjaya memenangi permainan tersebut dan diberi peluang untuk menikmati Putu Bambu, iaitu kuih tradisional popular di Indonesia dan Malaysia.

Mencuba hidangan tersebut dengan tangannya, Se-hun nampaknya sangat menikmati Putu Bambu dan terus menghabiskan seketul kuih itu tanpa teragak-agak. Dia juga turut berkata sambil tersenyum,

Sedap.

Alamak, dah teringin nak makan Putu Bambu pula!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...