Ikuti Kami:

“Saya Tiada Apa-Apa..” – Berusia 28 Tahun Kini, Lee Dohyun Dedah Ingin Jadi Tua Lebih Cepat

“Saya Tiada Apa-Apa..” – Berusia 28 Tahun Kini, Lee Dohyun Dedah Ingin Jadi Tua Lebih Cepat

Debut pada tahun 2017, Lee Do-hyun tidak dinafikan merupakan salah seorang pelakon yang sedang meningkat naik kini.

Baru-baru ini, Lee Do-hyun telah terlibat dengan satu temu bual, susulan tamatnya drama “The Good Bad Mother”.

Ketika sesi temu bual, pelakon itu berkongsi bahawa dia suka mengambil cabaran ketika memilih watak dalam lakonan. Jelasnya,

Melalui setiap kerja, saya menyahut cabaran baru, peranan baru, projek baru dan bertemu orang baru. Saya berasa gembira dan ingin menghargai saat-saat ketika saya bekerja. Memandangkan saya suka mengambil cabaran, saya juga lebih suka memilih watak yang sukar. Kang-ho dalam ‘The Good Bad Mother’ juga mencabar jadi, ianya seronok untuk melakukan sesuatu yang sukar.

Kemudian, Lee Do-hyun juga mengaku bahawa dia masih kurang banyak kemahiran dan berasa janggal apabila menerima pujian mengenai lakonannya.

Saya rasa saya agak keras pada diri sendiri. Saya tidak menerima pujian dengan mudah dan tidak berpuas hati dengan pencapaian saya sendiri. Bagaimanapun, saya sedar saya telah melayan diri saya dengan tegas sejak 4-5 tahun lalu jadi, saya cuba memuji diri sendiri hari ini.

lee dohyun

Tambahnya lagi dengan memberitahu bahawa dia ingin menjadi tua lebih cepat,

Saya mahu menjadi tua dengan cepat. Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan tentang diri saya dari segi pengalaman bertahun-tahun saya. Sebab itu saya ingin cepat tua dan melepasi usia 30 tahun. Saya ingin tahu bagaimana rupa saya selepas berusia 30 tahun. Saya mahu menjadi seperti pelakon senior Shin Ha-kyun.

Semoga Lee Do-hyun akan terus bersinar sebagai seorang pelakon!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...