Ikuti Kami:

“Saya Hantar Surat Khabar” – Lee Dohyun Kongsi Kehidupan Sebelum Jadi Pelakon Popular

“Saya Hantar Surat Khabar” – Lee Dohyun Kongsi Kehidupan Sebelum Jadi Pelakon Popular

Lee Do-hyun pastinya telah melakukan banyak pengorbanan untuk menempa kejayaan seperti hari ini.

Sebelum ini, Lee Do-hyun telah tampil dalam program “You Quiz on the Block”, di mana pelakon itu ada berkongsi mengenai kehidupannya bersama keluarga, sebelum menjadi seorang pelakon yang dikenali ramai. Dia berkata pada awalnya,

Saya telah melakukan banyak kerja sambilan sejak saya masih muda. Saya menghantar surat khabar untuk membantu ibu saya kerana dia melakukan tiga kerja sehari dan dia jarang tidur lebih daripada 4 jam.

Selain itu, pelakon “The Good Bad Mother” tersebut turut menyebut mengenai betapa gembiranya ibunya apabila mereka berpindah ke rumah baru,

Walaupun ia masih pajakan, ruangnya lebih luas dan lebih cerah. Tingkap lebih besar dan pengudaraan yang baik. Wajah ibu saya kelihatan lebih selesa sekarang, kedutan di muka dia dah hilang.

lee dohyun

Sambungnya lagi mengenai hutang keluarga,

Sekarang semua hutang sudah dibayar, kami juga telah berpindah ke rumah baru dan saya boleh mendapatkan wang untuk diri sendiri. Bagaimanapun, ibu bapa saya mahu terus bekerja. Saya harap mereka boleh mempunyai beberapa hobi dan menjalani sisa hidup mereka dengan gembira.

Memang anak yang baik kan Lee Do-hyun?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...