Ikuti Kami:

“Saya Terus Mencarut..” – Ji Sukjin Ulas Kemenangan Anugerah Daesang Yoo Jaesuk

“Saya Terus Mencarut..” – Ji Sukjin Ulas Kemenangan Anugerah Daesang Yoo Jaesuk

Baru-baru ini, Ji Suk-jin dan ahli MSG Wannabe yang lain telah tampil dalam program radio “Park Myungsoo’s Radio Show” sebagai tetamu.

Khususnya dalam siaran tersebut, Park Myung-soo meluahkan perasaannya apabila Ji Suk-jin tidak memenangi Daesang iaitu anugerah utama di ‘SBS Entertainment Awards’ pada tahun lepas,

Salah seorang abang kegemaran saya ialah Ji Suk-jin. Saya sangat marah kerana dia tidak memenangi Daesang di Anugerah Hiburan SBS tahun lepas.

Respon Ji Suk-jin selepas mendengar luahan tersebut,

Betul. Ia adalah isu yang besar ketika itu.

Tambah DJ radio Park Myung-soo lagi,

Jika saya jadi awak, saya akan pergi berjumpa ketua ibu pejabat produksi dan bertengkar dengannya.

yoo jaesuk ji sukjin

Balas ahli “Running Man” itu,

Saya tidak begitu. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang akan menang anugerah itu.

Jelasnya lagi,

Sudah tentu, saya mencarut dengan kasar apabila Jae-suk memang. Saya seperti ‘Tahniah, anak anjing’. Saya tidak mahu mengucapkan tahniah kepadanya dengan air mata. Ucapan tahniah saya ikhlas. Saya mahu menjadikannya sengit kerana kami kawan sejati. Saya bersyukur peminat marah kerana saya.

Untuk pengetahuan, Ji Suk-jin merupakan calon yang kuat untuk anugerah Daesang di ‘2022 SBS Entertainment Awards’ tetapi akhirnya, anugerah tersebut dimenangi Yoo Jae-suk.

Mungkin ada rezeki lain buat Ji Suk-jin..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...