Ikuti Kami:

Dari Kerjaya Hingga Kehidupan Peribadi, Kenali Penyanyi & Penghibur ‘Big Nose’ Ji Sukjin

Dari Kerjaya Hingga Kehidupan Peribadi, Kenali Penyanyi & Penghibur ‘Big Nose’ Ji Sukjin

Bagi siapa yang gemar menonton rancangan hiburan Korea, pastinya akan kenal dengan penyanyi dan penghibur Ji Suk-jin.

Untuk pengetahuan, pada 10 Februari hari ini, Ji Suk-jin telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-57.

Sempena meraikan hari gembira selebriti kesayangan ramai itu, KimchiDaily ingin berkongsi latar belakang mengenai Ji Suk-jin, dari kehidupan peribadinya dan bagaimana kerjayanya bermula!

Biodata Ji Sukjin

ji sukjin

Ji Suk-jin dilahirkan pada 10 Februari 1966 di Gangwon, Korea Selatan. Dia juga merupakan pelajar lepasan dari Universiti Ajou dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan dan mula terlibat dalam industri hiburan sebagai seorang penyanyi pada tahun 1992.

Meskipun memulakan kerjayanya sebagai penyanyi namun, Ji Suk-jin semakin mendapat perhatian dan populariti sebagai seorang penghibur selepas itu.

Bukan sahaja seorang penyanyi dan penghibur malahan, dia juga adalah seorang pelawak, pelakon dan turut terlibat dalam bidang penyiaran.

Dalam pada itu, informasi mengenai ibu bapa atau adik-beradiknya tidak pernah didedahkan lagi setakat ini.

Perkembangan kerjaya Ji Sukjin

ji sukjin

Selepas debut dengan album pertama  “I Know”, Ji Suk-jin telah melancarkan beberapa album lain. Dia bukan sahaja menyanyi dalam bahasa Korea malahan, juga dalam bahasa Cina. Walaupun kurang popular sebagai penyanyi namun, lagu-lagunya memang seronok untuk didengari!

Kemudian, Ji Suk-jin mula menjinak dalam dunia rancangan hiburan menerusi program TV “Star Golden Bell” sebagai pengacara, yang telah dijalankan pada tahun 2004 hingga 2010. Selepas itu, dia mula menyertai program “Running Man” sebagai ahli paling tua dan diberi nama panggilan ‘Big Nose’ dan ‘Race Starter’, sehingga kini.

Program lain yang sedang diacarakan oleh Ji Suk-jin adalah seperti “A Leader’s Day”, “Anti-Ageym” dan “Taste of Travel”. Bukan itu sahaja, dia juga pernah menjadi penyampai radio di MBC FM4U dalam slot ‘2 O’Clock Date’, pada 2016 hingga 2019.

Ingin mencipta programnya yang tersendiri, dia turut mempunyai saluran YouTube yang diberi nama ‘Jeeseokjin World’, di mana dia menjemput tetamu dan berborak tentang pelbagai topik di dalam kereta, serta bermacam lagi kandungan lain. Mendapat sambutan yang hangat dari penonton, akaun YouTubenya itu telah meraih lebih 580 ribu keahlian setakat ini.

Isteri dan anak Ji Sukjin

ji sukjin family

Umum pasti mengetahui bahawa Ji Suk-jin sudah berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Ryu Su-jeong pada tahun 1997. Kalau korang nak tahu, lelaki itu mula bertemu dengan isterinya melalui pengenalan dari Yoo Jae-suk.

Sebelum ini, ada yang berkongsi bahawa Ji Suk-jin merupakan seorang lelaki dan suami yang baik buat isterinya dan Ryu Su-jeong pula adalah seorang wanita yang pemalu.

Kini, mereka mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Ji Hyun-woo dan merupakan anak tunggal dalam keluarga itu. Dia juga pernah membuat penampilan dalam “Running Man” dalam episod ke-256.

Anugerah yang dimenangi Ji Sukjin

ji sukjin

Sudah lebih 30 tahun dalam industri, Ji Suk-jin telah membuktikan bakat dan kebolehannya dalam pelbagai bidang, dengan berjaya meraih beberapa anugerah hebat.

Pada 2006 dan 2007, dia telah berjaya membawa pulang Anugerah Kecemerlangan untuk penampilannya dalam “Star Golden Bell”.

Bukti program hiburan kegemaran ramai, Ji Suk-jin juga telah memenangi beberapa anugerah untuk prestasinya dalam “Running Man”.

Selain itu, dia turut dicalonkan untuk kategori Daesang iaitu anugerah utama, di ‘SBS Entertainment Awards’ pada 2022.

Korang mula kenal Ji Suk-jin menerusi program apa?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...