Ikuti Kami:

Bermula Dari Iklan Parodi Hingga Jadi ‘Nation MC’, Kenali Pengacara & Penghibur Yoo Jaesuk

Bermula Dari Iklan Parodi Hingga Jadi ‘Nation MC’, Kenali Pengacara & Penghibur Yoo Jaesuk

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan industri hiburan Korea Selatan pastinya akan mengenali dengan pengacara dan penghibur Yoo Jae-suk.

Untuk pengetahuan, pada 14 Ogos hari ini, Yoo Jae-suk telah pun mencecah usianya yang ke-50 tahun. Selamat hari jadi Yoo Jae-suk!

Sempena meraikan ulang tahun kelahiran pengacara kegemaran ramai itu, Kimchi Daily ingin berkongsi latar belakang mengenai Yoo Jae-suk, dari kehidupan peribadinya dan bagaimana kerjayanya bermula!

Biodata Yoo Jaesuk

yoo jaesuk

Yoo Jae-suk dilahirkan pada 14 Ogos 1972 di Seoul, Korea Selatan dan merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga, dengan dua adik perempuan. Sekitar zaman sekolah menengahnya, dia sudah mula menunjukkan minat dalam komedi dan sering menghiburkan keluarga dan rakan sekelasnya melalui sindiran dan gurauan. Kemudian, dia memasuki Institut Seni di Seoul.

Tepat di sekitar zaman kolejnya, dia mula membuat komedi dan mengambil bahagian dalam Festival Komedi KBS pada tahun 1991 dan mengubah hidupnya apabila dia melakukan parodi iklan yang sangat popular. Persembahannya sangat disukai oleh penonton dan penerbit rancangan, dan dia mendapat pendedahan awal yang baik sebagai pelawak.

Selepas tamat kolej, dia tiada pekerjaan untuk beberapa tahun akan datang dan hanya membuat persembahan dalam acara kecil di sana sini, mencari pelung untuk terlibat dalam industri TV.

Perkembangan kerjaya Yoo Jaesuk

yoo jaesuk

Pada tahun 2000, Yoo Jae-suk telah menjadi pengacara di program televisyen “Life and Enjoy Together”, yang menjadi titik permulaan untuk kerjayanya. Kemudian pada 2003, Yoo Jae-suk mengacarakan program “X-Man” yang bermula perlahan tetapi akhirnya menjadi rancangan yang paling popular dan memberi Yoo Jae-suk gelaran sebagai ‘Nation MC’ serta memberikannya ‘sinar’ dalam industri hiburan Korea Selatan.

Pada 2006, dia menyertai rancangan “Infinite Challenge” sebagai pengacara. Meskipun program itu kurang berjaya pada awalnya namun setelah beberapa konsep telah digubah, ia berjaya menjadi program yang baling banyak ditonton di Korea Selatan.

Rancangan hiburan lain yang diacarakan oleh Yoo Jae-suk seperti “Happy Together 3”, “Family Outing” dan banyak lagi, telah membuka banyak ruang dan peluang buat Yoo Jae-suk untuk lebih dikenali, dan terus terkenal dalam kalangan selebriti.

yoo jaesuk running man

Tidak dilupakan program “Running Man” yang merupakan titik perubahan besar dalam kerjayanya. Program itu mula ditayangkan pada 2010, dan masih berjalan dengan aktif sehingga kini dan mempunyai pengikut antarabangsa yang besar.

Kini, Yoo Jae-suk masih kekal aktif sebagai pengacara dan penghibur di Korea Selatan dengan pelbagai program baharunya seperti “The Sixth Sense”, “You Quiz on the Block”, “Hangout with Yoo” dan pelbagai lagi!

Kehidupan peribadi Yoo Jaesuk

yoo jaesuk na kyungeun

Yoo Jae-suk mula bercinta dengan Na Kyung-eun, rakan sekerjanya dalam rancangan “Infinite Challenge”, tidak lama selepas mereka mula bekerja bersama. Kedua-dua mereka terus menafikan khabar angin tentang hubungan tetapi akhirnya, mereka menerima dan mengikat tali perkahwinan pada Julai 2008. Pasangan itu melahirkan seorang anak lelaki, Yoo Ji-ho, dua tahun kemudian. Kemudian, dikurniakan cahaya mata perempuan pertama Yoo Na-eun pada 2018.

Anugerah yang dimenangi Yoo Jaesuk

yoo jaesuk awards

Sudah lebih 25 tahun berada dalam industri hiburan, Yoo Jae-suk telah membuktikan gelarannya sebagai ‘Nation MC’ di Korea Selatan apabila dia telah berjaya merangkul banyak anugerah hebat. Antaranya pada tahun 2002 dan 2003, beliau telah menerima ‘Anugerah Kecermelangan Terbaik dalam MC Televisyen’, kemudian menerima anugerah ‘Daesang’ iaitu hadiah utama, lebih dari 10 kali dalam anugerah ‘MBC Entertainment Awards’ dan ‘SBS Entertainment Awards’.

Memang hebat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...