Pasti ramai sudah mengetahui bahawa Yoo Jae-suk sememangnya dikenali sebagai ‘MC Kebangsaan’ di Korea Selatan.
Terbaru pada siaran 27 Julai program Mnet “TMI Show”, senarai ’10 bintang terbaik dengan pendapatan peringkat teratas pada separuh pertama 2022′ telah didedahkan.
Tidak mengejutkan apabila Yoo Jae-suk turut tersenarai dalam ranking tersebut dengan menduduki di tempat yang ke-6.
Didedahkan bahawa jumlah bayaran Yoo Jae-suk adalah 15 juta won (RM51,284K) pada setiap siaran program dan pendapatannya setakat ini pada separuh pertama 2022 adalah sekitar 1.455 bilion won (RM4,974,598), dengan 97 episod daripada 5 program hiburan yang dilakukannya sehingga kini.
Bukan itu sahaja, pengacara dan penghibur itu turut terlibat dalam kira-kira 9 penggambaran untuk iklan produk pada separuh pertama tahun ini. Dengan bayaran sejumlah 700 juta won untuk setiap iklan, Yoo Jae-suk berjaya memperoleh sejumlah 6.3 bilion won (RM21,550,684) dari projek iklan pada separuh pertama tahun 2022.
Oleh itu, jumlah pendapatan Yoo Jae-suk untuk kedua-dua aktiviti hiburan dan iklan, dianggarkan sekitar 7.755 bilion won (RM26,321,010). Fuh bukan sikit tu!
Cayalah Yoo Jae-suk!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.