Ikuti Kami:

Bapa Penyayang! ‘Sticker’ Comel Pada Telefon Bimbit Yoo Jaesuk Jadi Perhatian Netizen

Bapa Penyayang! ‘Sticker’ Comel Pada Telefon Bimbit Yoo Jaesuk Jadi Perhatian Netizen

Rasanya semua tahu bahawa Yoo Jae-suk bukan sahaja seorang pengacara hebat tapi merupakan ketua keluarga yang baik.

Dalam episod terbaru “Running Man”, Yoo Jae-suk saja membuat panggilan video buat Ji Suk-jin yang terlewat ke set penggambaran meskipun semua sedang menantikannya.

Semasa mengangkat telefon bimbitnya, penonton tertarik melihat belakang ‘casing’ yang dipenuhi pelekat berwar-warni. Apabila dizum, ‘sticker’ itu merupakan watak daripada animasi KBS bertajuk “Catch! Tiniping”. Antara watak yang dapat dilihat ialah ‘Cha Cha Ping’, ‘A Cha Ping’dan ‘Ba Ro Ping’.

yoo jaesuk naeun

Sebelum ini, Yoo Jae-suk pernah menyebut dalam program “PLAYou” bahawa anak perempuannya, Na-eun menyukai animasi berkenaan.

Melihatkan lelaki itu yang tidak kisah menghiasi telefon bimbitnya dengan pelekat animasi itu, para netizen meluahkan rasa gembira kerana rasa sayangnya buat Na-eun,

Anak saudara saya yang sebata Na-eun turut menyukai ‘Catch! Tiniping’.

 

Nampaknya animasi ini sangat trendy dalam kalangan bayi.

 

Ayahnya sangat sweet sebab bawa sahaja telefon bimbit itu ke mana-mana tanpa membuangnya.

 

Yoo Jae-suk, ayah penyayang.

Untuk pengetahuan, Yoo Jae-suk berkahwin dengan seorang penyampai berita, Na Kyung-eun pada 2008 dan mempunyai dua orang anak Ji-ho (13) dan Na-eun (5).

Comel Yoo Jae-suk!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...