Ikuti Kami:

“Saya Teruja Bawa Watak Yohan” – Cha Eunwoo Kongsi Sebab Terima Watak Dalam ‘Island’

“Saya Teruja Bawa Watak Yohan” – Cha Eunwoo Kongsi Sebab Terima Watak Dalam ‘Island’

Jarang-jarang kita dapat tengok Cha Eun-woo bawa watak sebegini kan?

Terbaru, Cha Eun-woo hadir ke sesi sidang media bagi drama TVING, “Island” yang diadakan di Yeouido, Seoul pada hari ini.

Bagi yang belum tahu, “Island” merupakan drama yang mengisahkan mengenai beberapa individu melawan kejahatan yang mahu menghancurkan dunia. Drama ini juga akan memaparkan kisah legenda dan kisah dongeng di Jeju namun diolah dan diintepretasi dalam gaya moden.

Membawa watak sebagai seorang penghalau hantu Katolik, Cha Eun-woo juga sempat berkongsi bagaimana dia boleh menerima watak itu.

Saya baca skrip terlebih dahulu sebelum saya tahu mengenai siri asal webtoon drama ini. Selepas membaca skrip buat kali pertama, saya terus teruja untuk bawa watak Yohan. Saya mahu menghidupkan watak itu jadi, saya perlu mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk mengambil cabaran. 

cha eunwooCha Eun-woo juga berkata,

Sejak dari itu juga, saya berjumpa dengan pengarah secara kerap dan berbual mengenai perkara ini. Saya juga berbual dengan Kim Nam-gil dan dia berkata kepada saya, “Kita akan lakukannya bersama”. Saya terus rasa lebih bersemangat selepas itu dan saya menjalani penggambaran dengan penuh keterujaan. 

Wah, tak sabar nak tengok Cha Eun-woo lawan makhluk jahat!

Drama “Island” ini akan mula bersiaran di platform TVING pada 30 Disember ini. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...