Ikuti Kami:

“Saya Belajar Bahasa Itali..” – Cha Eunwoo Kongsi Persediaan Untuk Watak Dalam ‘Island’

“Saya Belajar Bahasa Itali..” – Cha Eunwoo Kongsi Persediaan Untuk Watak Dalam ‘Island’

Siap sedia semua untuk saksikan drama yang bakal diterajui ramai pelakon hebat berjudul “Island”.

Diadaptasi daripada komik dengan nama yang sama, “Island” membawa kisah beberapa individu melawan kejahatan yang mahu menghancurkan dunia. Berdasarkan dari cerita yang segar dan tidak pernah dilihat di tempat lain, ianya akan memaparkan legenda dan kisah dongeng di Jeju dalam intepretasi moden.

Terbaru, Cha Eun-woo telah menghiasi muka depan majalah Elle Korea untuk edisi Januari dan turut terlibat dengan satu temu bual khas.

Ketika sesi temu bual, idola dan pelakon itu berkongsi mengenai wataknya sebagai paderi Vatican dalam drama “Island” akan datang,

Saya sangat teruja kerana saya tidak pernah memainkan watak sedemikian sebelum ini. Saya mencuba banyak perkara baharu.

Kongsi Cha Eun-woo lagi mengenai usahanya untuk menghidupkan watak dalam “Island”,

Daripada aksi hinggalah kepada pembelajaran bahasa Itali dan Latin, saya tidak sabar untuk mengetahui bagaimana hasilnya. Saya harap semua orang seronok menontonnya.

Dalam pada itu, drama “Island” yang turut diterajui Lee Da-hee dan Kim Nam-gil, bakal menemui penonton pada 30 Disember nanti.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...