Ikuti Kami:

Diterajui Kim Namgil, Lee Dahee & Cha Eunwoo, Drama Fantasi ‘Island’ Sah Tayang Disember Ini

Diterajui Kim Namgil, Lee Dahee & Cha Eunwoo, Drama Fantasi ‘Island’ Sah Tayang Disember Ini

Akhirnya TVING menededahkan tarikh tayangan drama yang dinantikan ramai iaitu “Island”.

Diadaptasi daripada komik dengan nama yang sama, ia membawa kisah beberapa individu melawan kejahatan yang mahu menghancurkan dunia. Nerdasarkan dari cerita yang segar dan tidak pernah dilihat di tempat lain, ianya akan memaparkan legenda dan kisah dongeng di Jeju dalam intepretasi moden.

Kim Nam-gil akan membawa watak Van yang melawan syaitan dek dunia yang hampir hancur namun dia mempunyai kesukaran untuk berbaik dengan manusia. Lee Da-hee pula akan membawa Won Mi-ho iaitu pewaris kaya yang merupakan seorang cikgu dan tidak memgetahui nasibnya apabila dipindahkan ke Jeju.

Cha Eun-woo bakal menghidupkan watak Yohan iaitu penghalau hantu Katolik. Dia hidup demi melindungi hidupan dan melupuskan kejahatan namun menyimpan masa lampau yang gelap di dalam hatinya. Seon-jun pula akan bersama Van dengan watak Gung-tan yang membantu menghapuskan kejahatan.

Dalam pada itu, “Island” akan ditayangkan menerusi laman TVING di Korea pada Disember ini selain turut menyapa penonton secara global di Amazon Prime Video.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...