Ikuti Kami:

“Saya Tertekan..” – Netizen Korek Bukti Percintaan Bersama xooos, Park Seojoon Beri Respon

“Saya Tertekan..” – Netizen Korek Bukti Percintaan Bersama xooos, Park Seojoon Beri Respon

Selepas berita hubungan cinta antara Park Seo-joon dan xooos tersebar, ramai yang khabarnya cuba mengorek mengenai kisah pasangan itu meskipun pihak mereka menafikan dakwaan itu.

Untuk pengetahuan, xooos ataupun nama sebenarnya Kim Seo-yeon berusia 29 tahun dan merupakan seorang penyanyi di YouTube dan memiliki langganan sebanyak 1.5 juta. Bukan itu sahaja, wanita itu pernah menyertai pertandingan survival “MIXNINE” pada 2017 dan menjadi pelakon tambahan dalam drama “The Producers” pada 2015.

Pelbagai bukti dari tahun lalu

Disebabkan oleh khabar angin itu, netizen Korea telah mengumpul bukti mengenai hubungan cinta mereka.

Pertama sekali ketika 2022, wakil Chanel London memuat naik gambar Park Seo-joon dan xooos bersama di Instagram Story meskipun wanita itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Chanel kecuali pelakon lelaki tersebut yang merupakan duta jenama berkenaan.

park seojoon xooos

Kemudian, kedua mereka dilihat membeli-belah bersama di London sambil mengenakan sepasang kasut yang sama.

Ketiga, xooos turut mengatakan bahawa kedai kopi di tingkat pertama bangunan Park Seo-joon merupakan tempat kegemarannya meskipun premis itu yang tidak dikenali pada ketika itu.

Kebetulan jadi perdebatan

Bukan itu sahaja, penyanyi wanita tersebut turut mengikuti akaun Instagram adik park Seo-joon selain rakan-rakan pelakon itu juga merupakan rakan xooos di akaun berkenaan. Malah pelakon filem “Dream” turut mengikuti Instagram wanita itu baru-baru ini.

Selain itu, xooos dan Park Seo-joon menghadiri gim yang sama dan akaun SNS pusat senaman itu turut mengikuti Instagram xooos.

Tak cukup dengan itu, xooos juga dilihat kerap memuat naik kandungan berkaitan Chanel sejak kebelakangan ini dan ada yang menebak ia dipengaruhi oleh status Park Seo-joon sebagai duta jenama itu.

xooos park seojoon

Jawapan Park Seo-joon

Terbaru, Park Seo-joon telah menghadiri sidang media filem “Concrete Utopia” dan wartawan dilihat berani menanyakan soalan mengenai khabar angin itu. Jawabnya perlahan,

Saya terdengar mengenai berita itu lewat petang semalam. Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya selepas mendengar berita itu ialah ‘Saya mendapat perhatian yang banyak’. Saya merasakan perhatian ialah sesuatu yang patut saya syukuri.

Walau bagaimanapun, dalam situasi ini, saya berasa tertekan bagi mendedahkan hal pribadi saya dan agak sukar untuk menyampaikan sesuatu yang penting kerana ia adalah hal peribadi saya.

Biarlah dorang…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...