Ikuti Kami:

Keluar Dating Bersama, Park Seojoon Bercinta Dengan Penyanyi YouTube?

Keluar Dating Bersama, Park Seojoon Bercinta Dengan Penyanyi YouTube?

Adakah Park Seo-joon sudah menemui cinta baru?

Menurut laporan media, pelakon lelaki popular itu sedang hangat menjalinkan hubungan bersama pemilik YouTube dan penyany, xooos.

Lapor JTBC News, seorang orang dalam telah mendedahkan bahawa kedua selebriti itu sedang bercinta. Khabarnya, mereka berdua hubungan yang istimewa hingga memperkenalkan satu sama lain dengan rakan baik mereka. Mereka pergi berjanji temu, berkongsi hobi dan bersenam bersama.

Malah pada 20 Jun 2023, seorang netizen berkongsi gambar pasangan itu di laman komuniti lantas menghangatkan lagi gosip ini.

park seojoon xooos

Respon agensi Park Seo-joon,

Sukar untuk mengesahkan informasi mengenai hal peribadi lelaki itu.

Untuk pengetahuan, nama sebenar xooos ialah Kim Soo-yeon dan berusia 29 tahun kini. Muda 5 tahun dari Park Seo-joon, wanita itu memiliki langganan lebih 1.5 juta kini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...