Ikuti Kami:

“Saya Tertawa..” – Peminat ‘Running Man’ Beri Mesej Bermakna, Reaksi Gary Jadi Perhatian

“Saya Tertawa..” – Peminat ‘Running Man’ Beri Mesej Bermakna, Reaksi Gary Jadi Perhatian

Peminat asal “Running Man” pastinya merindui kesemua ahli asalnya termasuklah Gary dan Lee Kwang-soo yang menarik diri dari program itu.

Tambahan pula, Gary atau Kang Hui-geon yang meninggalkan program itu pada tahun 2017 dan menghilangkan diri seketika sebelum muncul dengan pengumuman perkahwinan dengan wanita pilihan tak lama selepas itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kanggary (@kanggary_yangban)

Walau bagaimanapun, penyanyi rap itu nampaknya berterima kasih dengan perhatian yang diberikan oleh penonton program berkenaan yang terus memberikan sokongan buatnya hingga kini.

Katanya,

Saya merindui Gary. Dulu, saya banyak tertawa kerana Gary dalam ‘Running Man’. Walaupun saya suka Kang Gary dalam ‘Running Man’, saya juga seronok melihat sisi manusia Kang Hui-geon dan sisi Kang Hui-geon sebagai seorang ayah. Semoga sentiasa sihat dan dapat meluangkan masa dengan keluarga tersayang selain mencipta kenangan bersama!!

kang gary

Walaupun tidak memberikan sebarang balasan kata-kata namun reaksi ‘berterima kasih’ dari Gary menggambarkan bahawa dia sepertinya tersentuh dengan ucapan bermakna itu.

Semoga Gary dapat jadi tetamu “Running Man” suatu hari nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...