Ikuti Kami:

“Saya Rindu..” – Peminat ‘Running Man’ Terharu Lihat Haha & Gary Berbalas Komen Di IG

“Saya Rindu..” – Peminat ‘Running Man’ Terharu Lihat Haha & Gary Berbalas Komen Di IG

Sedar tak sedar, sudah hampir 6 tahun Kang Gary meninggalkan “Running Man”.

Umum mengetahui bahawa penyanyi rap itu memilih untuk mengundurkan diri daripada program berkenaan pada 2016 kerana mahu memberi fokus kepada kerjaya utamanya iaitu bidang nyanyian. Walau bagaimanapun, Gary kemudian mengumumkan perkahwinannya selain turut menimang cahaya mata lelaki pada tahun berikutnya.

Namun rata-rata peminat “Running Man” meluahkan rasa kecewa apabila mendapat tahu bahawa Gary memutuskan hubungan selain menukar nombor telefon selepas meninggalkan rancangan SBS itu. Pun begitu, ahli lain kerap kali menyebut nama lelaki tersebut dalam beberapa episod hingga kini.

sbsb running man

Terbaru, peminat melompat gembira apabila melihat Gary dan salah seorang ahli iaitu Haha telah berbalas komen Instagram. Meskipun pendek, tetapi rata-ratanya gembira kerana hubungan mereka yang masih kekal rapat.

Tulis Haha,

Saya merindui awak abang..

Balas Gary,

Saya juga bro.

haha gary

Kata peminat, mereka berharap agar Gary dapat meluangkan masa untuk menjadi tetamu “Running Man” nanti dan bertemu semula ‘keluarga’ lamanya.

Korang okay tak tu?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...