Ikuti Kami:

“Saya Tertarik Sebab..” – Ahn Hyoseop Dedah Sebab Ingin Kembali Sertai ‘Dr. Romantic 3’

“Saya Tertarik Sebab..” – Ahn Hyoseop Dedah Sebab Ingin Kembali Sertai ‘Dr. Romantic 3’

Siap sedia semua untuk saksikan Ahn Hyo-seop kembali dalam “Dr. Romantic” musim ketiga!

Bagi yang belum tahu, “Dr. Romantic 3” yang diterajui oleh pelakon seperti Ahn Hyo-seop, Lee Sung-kyung, Han Suk-kyu, akan mula bersiaran pada 28 April ini di Disney+.

Terbaru, Ahn Hyo-seop telah terlibat dengan satu temu bual khas, menjelang tayangan perdana “Dr. Romantic 3” nanti. Ketika sesi temu bual, pelakon itu merenung kembali pada hari pertama penggambaran untuk siri berkenaan,

Saya sibuk menyapa wajah yang saya kenal dan saya dengan cepat dapat menyelami kehidupan Woo-jin, yang diingati oleh badan dan minda saya. Saya sentiasa mempunyai impian untuk kembali ke Doldam satu hari nanti.

Kemudian, Ahn Hyo-seop turut berkongsi sebab dia memutuskan untuk kembali membintangi musim 3 drama ini dengan berkata,

Sebab saya memutuskan untuk menyertai musim 3 adalah mudah. Saya tertarik kepadanya kerana saya mendapati kebahagiaan di dalamnya.

dr. romantic 3

Selain itu, pelakon lelaki tersebut menjelaskan bahawa kekuatan siri ini terletak pada mesej yang ingin disampaikan. Jelasnya,

Drama ini menimbulkan persoalan tentang apa yang kami utamakan dalam hidup dan mengapa kami harus hidup seperti itu. Mesej yang kami hantar kepada dunia adalah topik yang membuatkan kita merenung tentang hala tuju hidup kita. Itulah sebabnya drama itu digemari.

Dalam pada itu, “Dr. Romantic 3” akan mula ditayangkan pada 28 April ini menerusi Disney+. Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...