Ikuti Kami:

Ditanya Jika Akan Muncul Dalam ‘Dr. Romantic 3’, Yoo Yeonseok Beri Respon

Ditanya Jika Akan Muncul Dalam ‘Dr. Romantic 3’, Yoo Yeonseok Beri Respon

Setelah lama menunggu, “Dr. Romantic 3” bakal menemui penonton tak lama lagi!

Bagi yang belum tahu, “Dr. Romantic 3” yang diterajui oleh pelakon seperti Ahn Hyo-seop, Lee Sung-kyung, Han Suk-kyu, akan mula bersiaran pada 28 April ini di Disney+.

Terbaru, Yoo Yeon-seok yang merupakan pelakon utama dari musim pertama “Dr. Romantic”, telah melakukan siaran langsung di laman Instagram untuk berborak bersama peminat.

Ketika ditanya sama ada dia akan muncul dalam musim ketiga drama itu nanti, pelakon lelaki itu memberitahu bahawa ianya adalah rahsia dan dia belum boleh berkongsi apa-apa lagi setakat ini.

yoo yeonseok dr. romantic

Oleh itu, ramai yang berharap agar Yoo Yeon-seok akan tampil dalam “Dr. Romantic 3”, dengan wataknya sebagai Kang Dong-Joo.

Dalam pada itu, “Dr. Romantic” ialah sebuah drama yang memaparkan kisah sebenar doktor di Hospital Doldam yang usang.

Haa kalau nak tahu, kena lah tonton “Dr. Romantic 3” pada 28 April ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...