Utama Drama Korea Tayang Di Disney+, ‘Dr. Romantic 3’ Umum Tarikh Tayangan Pada April Ini

Tayang Di Disney+, ‘Dr. Romantic 3’ Umum Tarikh Tayangan Pada April Ini

sbs dr. romantic 3

Siap sedia semua untuk tayangan “Dr. Romantic 3” tak lama lagi!

Untuk pengetahuan, “Dr. Romantic 3” akan dibintangi pelakon sama seperti Ahn Hyo-seop, Lee Sung-kyung, Han Suk-kyu, Kim Ju-hun, Kim Min-jae dan So Ju-yeon.

Terbaru, SBS telah mengumumkan tarikh tayangan untuk musim ke-3 drama berkenaan, iaitu pada 28 April ini selepas “Taxi Driver 2” tamat.

https://twitter.com/SBSNOW/status/1636600751601639425?s=20

Bagi yang belum tahu, “Dr. Romantic” ialah sebuah drama yang memaparkan kisah sebenar doktor di Hospital Doldam yang usang. Terdahulu, musim pertama yang ditayangkan pada 2016 mencatatkan rekod sebanyak 27.6% manakala musim keduanya pula meraih rating tinggi mencecah 27.1%, membuktikan kepopularitiannya.

Jangan lupa tonton “Dr. Romantic 3” akan mula bersiaran pada 28 April ini menerusi Disney+!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERMy Daily
Loading...