Ikuti Kami:

“Saya Tertanya Mengapa..” – Lee Dongwook Akui Sedikit Kecewa Tak Dikenali Orang Luar

“Saya Tertanya Mengapa..” – Lee Dongwook Akui Sedikit Kecewa Tak Dikenali Orang Luar

Baru-baru ini, Lee Dong-wook telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube Yoo Jae-suk, yang juga menampilkan Nam Chang-hee dan Jo Se-ho.

Dalam video tersebut, Yoo Jae-suk berkongsi tentang popularitinya kini dengan berkata,

Saya kini berada dalam kedudukan di mana saya bersyukur kerana ramai orang mengalu-alukan saya. Saya pelik sikit. Saya sangat menginginkannya tetapi sekarang ia agak membebankan. Ke mana sahaja saya pergi, orang sentiasa memberi saya tempat duduk di tengah. Saya sebenarnya lebih suka duduk di hujung. Tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa, jika tidak, orang lain akan rasa tak selesa.

Setuju dengan kenyataan tersebut, Lee Dong-wook juga turut berkongsi pendapatnya,

Peliknya, kami mahu menjadi terkenal tetapi apabila ia benar-benar berlaku, kami berasa lebih terbeban.

lee dongwook yoo jaesuk

Kemudian, pelakon “Bad and Crazy” itu juga menceritakan tentang kisahnya sewaktu keluar bersama-sama Hyun Bin, Jeon Yeo-been dan Park Jung-min,

Saya fikir saya sudah biasa menjadi selebriti dan boleh bertindak santai sahaja. Namun baru-baru ini, saya pergi ke Latvia dan tiada siapa yang mengenali saya. Pada mulanya, ia sangat selesa. Hyun Bin, Jeon Yeo-been, Park Jung-min dan saya berjalan bersama-sama tetapi orang tidak mengenali kami. Ia sangat santai.

Untuk pengetahuan, kesemua pelakon itu bakal membintangi filem “Harbin” tak lama lagi. Sambung Lee Dong-wook lagi dengan sedikit kecewa,

Tetapi selepas dua hari, saya mula tertanya-tanya mengapa tiada siapa yang mengenali saya. Jadi gelombang Korea masih…Saya membuat kesimpulan bahawa saya harus bersyukur apabila saya menerima cinta sebanyak ini.

Siapa yang tak kenal Lee Dong-wook tuu?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...