Ikuti Kami:

“Saya Terpaksa..” – Pengarah ‘Bloodhounds’ Perjelas Sebab Tak Padam Babak Kim Saeron

“Saya Terpaksa..” – Pengarah ‘Bloodhounds’ Perjelas Sebab Tak Padam Babak Kim Saeron

Sekian lama menanti, akhirnya “Bloodhounds” bakal menemui penonton tak lama lagi di Netflix.

Terbaru, siri 8 episod itu telah menjalani sidang media dan disertai oleh pelakon utamanya Park Sung-woong, Lee Sang-yi, Woo Do-hwan dan ramai lagi.

Antara soalan penting diajukan media buat pengarah “Bloodhounds” ialah mengenai isu yang timbul selepas Kim Sae-ron terpalit dengan kontroversi memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan gangguan elektrik di kawasan terlibat.

netflix bloodhounds

Disebabkan penggambaran berkaitan watak Kim Sae-ron sudah pun selesai dirakam, pihak produksi tidak mempunyai pilihan lain selain menayangkan bahagian pelakon itu seperti yang dirancang. Jawab pengarah Kim Joo-hwan,

Saya mencuba sebaik mungkin bagai mengurangkan kesulitan. Saya dan ramai orang menghabiskan beratus beribu minit dan bekerja keras bagi menyiapkan naskhah ini. Saya berusaha sehabis mungkin untuk memperbaikinya secara keseluruhan.

Untuk pengetahuan, “Bloodhounds” ialah drama aksi noir tentang tiga lelaki yang cuba keluar dari hutang dan juga terjalin kerana hutang. Woo Do-hwan akan memainkan watak Gun-woo, yang memasuki dunia pemberi pinjaman untuk melangsaikan hutangnya.

Nak buat macam mana kan..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...