Ikuti Kami:

Tampil Berbadan Sasa, Netizen Teruja Ingin Tonton Woo Dohwan Dalam Drama ‘Bloodhounds’

Tampil Berbadan Sasa, Netizen Teruja Ingin Tonton Woo Dohwan Dalam Drama ‘Bloodhounds’

Selepas “The King: Eternal Monarch”, pasti ramai yang menantikan drama lakonan Woo Do-hwan yang seterusnya, kan?

Bagi yang belum tahu, Woo Do-hwan baru sahaja menamatkan servis khidmat ketenteraannya pada awal Januari 2022 lalu.

Terbaru, pelakon itu telah berkongsi fotonya dari siri Netflix “Bloodhounds” akan datang, di mana dia dilihat berada dalam pertandingan tinju dan berlawan dengan sekumpulan orang di jalanan.

Untuk pengetahuan, “Bloodhounds” ialah drama aksi noir tentang tiga lelaki yang cuba keluar dari hutang dan juga terjalin kerana hutang. Woo Do-hwan akan memainkan watak Gun-woo, yang memasuki dunia pemberi pinjaman untuk melangsaikan hutangnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 우도환 (@wdohwan)

Memandangkan ini adalah penampilan Woo Do-hwan dalam sebuah drama setelah sekian lama, peminat teruja untuk melihat karisma yang akan dipaparkannya nanti.

Antara komen yang ditulis penonton:

Sangat kacak, saya sangat teruja.

 

Awak sangat tampan..

 

Woo Do-hwan sangat seksi..

Dalam pada itu, “Bloodhounds” bakal ditayangkan di Netflix pada separuh kedua 2023 ini. Sama-sama kita nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...