Bukan sahaja sebagai seorang artis yang berbakat malahan, Hwasa juga sering menerima perhatian ramai dek penampilan seksinya.
Terbaru dalam program “Dancing Queens on the Road”, semua ahli termasuk Hwasa dan Lee Hyo-ri telah meneruskan perjalanan mereka untuk mengembara ke Yeosu dan Gwangyang.
Khususnya dalam siaran itu, Hwasa ada berkongsi pendapatnya mengenai membuat persembahan di atas pentas. Ahli MAMAMOO itu mengaku,
Terdapat banyak kali saya marah semasa membuat persembahan di atas pentas.
Lee Hyo-ri bertanya,
Apakah momen paling negatif yang awak rasa ketika sedang membuat persembahan?
Jawab Hwasa,
Ketika sedang mempromosikan album solo pertama ‘Maria’. Saya sentiasa bekerja keras dalam muzik dan hidup dengan niat yang baik, tetapi orang menilai saya hanya berdasarkan penampilan saya. Saya berasa amat terluka dengan komen berniat jahat pada masa itu.
Namun, wanita itu menjelaskan,
Saya tidak pernah fikir tentang keputusan atau apa yang orang lain akan katakan. Saya hanya melepaskan semua tekanan dan kemarahan saya di atas pentas.
Jangan endahkan komen negatif orang tau Hwasa!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉