Hwasa MAMAMOO sememangnya dikenali dengan penampilannya yang seksi.

Terbaru, MAMAMOO telah mengadakan konsert jelajah Amerika Syarikat mereka ‘MY CON’ di New York.
Di hujung konsert, semua ahli bertukar menjadi gadis koboi, sambil mempersembahkan lagu “Yes I Am”. Ketika sedang menyanyi, Hwasa menarik perhatian ramai apabila dia mengangkat baju crop top hitamnya, sehingga menunjukkan bra yang dipakainya kepada penonton.
Selepas itu, wanita tersebut terus tersenyum seolah-olah berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan, dan nampaknya tidak peduli dengan segala kritikan yang diterima kerana persembahan provokatifnya sebelum ini.
HWASA HAVE MERCY pic.twitter.com/OulCer5PFW
— jeongie loml (used to be elizabe78898511) (@jeongieluvz) May 23, 2023
Memandangkan Hwasa pernah dikritik kerana berkelakukan tidak senonoh di atas pentas, ada yang menyatakan bahawa ia bukanlah idea terbaik untuk dia membuat persembahan provokatif sekali lagi.
Bagaimanapun, ada juga yang tampil back up Hwasa dengan menulis seperti,
Sila lakukan apa sahaja yang awak mahu Hwasa.
Queen Hwasa memang hebat.
Dia mempunyai tubuh yang cantik.
Seksi la Hwasa!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉