Baru-baru ini pada 12 Mei, Hwasa MAMAMOO telah membuat persembahan di festival muzik tahunan Universiti Sungkyunkwan, dan juga merupakan sebahagian dari rancangan TV “The Dancing Wanderers”.
Pada festival itu, Hwasa telah mempersembahkan kompilasi lagu hit MAMAMOO seperti “Egotistic”, “Starry Night” dan banyak lagi, serta lagu solonya “Don’t”.
Bagaimanapun, pada awal persembahan lagu “Don’t”, Hwasa telah melakukan beberapa gerakan seksi yang menerima reaksi pra-kontra dari netizen.
Khususnya, Hwasa tiba-tiba mencangkung di atas pentas dan mengangkang. Kemudian, dia menjilat jari-jarinya dan terus memegang bahagian sulitnya, dengan ekspresi berahi.
Memandangkan Korea Selatan adalah sebuah negara yang agak konservatif, persembahan Hwasa itu telah menarik perhatian ramai orang. Ada yang mengatakan bahawa mereka menyukainya dan memuji bahawa ia adalah seksi.
Namun, lebih ramai netizen yang mempunyai pendapat yang sebaliknya dan mengkritik persembahan itu dengan menjelaskan,
Itu terlalu berlebihan, terutamanya untuk rancangan TV dan festival kolej. Sama sekali tidak sesuai. Ia terlalu erotik dan tidak senonoh.
Hmm, apa pendapat korang pula?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉