Ikuti Kami:

“Saya Terlepas..” – Sudah Berumur 50 Tahun, Jung Woosung Luah Sebab Belum Berkahwin

“Saya Terlepas..” – Sudah Berumur 50 Tahun, Jung Woosung Luah Sebab Belum Berkahwin

Jung Woo-sung telah menyatakan sebab dia tidak berkahwin serta menceritakan serba sedikit mengenai bekas teman wanitanya, Lee Ji-ah.

Pada 30 November, Jung Woo-sung telah membuat penampilan di rancangan YouTube Sung Si-kyung. Di mana, dia telah menceritakan serba sedikit mengenai kehidupannya.

Sudah genap berumur 50 tahun, Jung Woo-sung telah ditanya oleh Sung Si-kyung mengenai sebab mengapa dia masih lagi belum berkahwin.

Jawab Jung Woo-sung,

Saya bukan tak nak kahwin, tapi saya tak boleh nak kahwin sebab saya dah terlepas waktu yang tepat.

Tambahnya,

Dulu, saya merupakan pelakon pertama yang bercinta secara terbuka bersama Lee Ji-ah dan hubungan kami disokong ramai. Tapi, sekarang ni saya rasa kasihan dengan pelakon serta selebriti yang lain.

jws (1)

Adunya lagi,

Kita semua manusia biasa, jadi kenapa pelakon dan selebriti tak boleh nak bercinta hanya kerana mereka popular? Disebabkan perkara ini la saya dah tak bercinta.

Terlebih dahulu, pada tahun 2011 Jung Woo-sung pernah menjalani hubungan percintaan secara terbuka bersama pelakon Lee Ji-ah.

Namun, selepas sebulan mereka mengumumkan hubungan mereka, Lee Ji-ah telah didapati berkahwin secara senyap bersama dengan penyanyi Seo Tai-ji. Menyebabkan Jung Woo-sung dan Lee Ji-ah memutuskan hubungan mereka selepas hanya tiga bulan bercinta.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...