Utama Rancangan Hiburan Pernah Dianggap Sedang Bercinta, Jung Woosung Ulas Hubungan 25 Tahun Bersama Lee...

Pernah Dianggap Sedang Bercinta, Jung Woosung Ulas Hubungan 25 Tahun Bersama Lee Jungjae

jung woosung lee jungjae

Pasti ramai yang tahu bahawa Jung Woo-sung merupakan sahabat rapat pada Lee Jung-jae.

Terbaru, Jung Woo-sung telah muncul sebagai tetamu dalam saluran Shin Dong-yeop “Zzanbro”, di mana dia ada menceritakan tentang persahabatannya bersama Lee Jung-jae.

Dalam siaran itu, Jung Woo-sung mendedahkan sebab persahabatan mereka boleh kekal hingga 25 tahun kini.

Kami biasanya menggunakan honorifik (penghormatan) ketika menghantar mesej antara satu sama lain. Kami tidak mempunyai jangkaan dan hanya menghormati antara satu sama lain. 

Sambunya lagi,

Jika kami berdua pergi minum bersama selama 5 jam, kami hanya berbual kurang dari 10 minit. Kami minum, memandang satu sama lain dan hanya berkata ‘Bolehkah kita minum lagi?’

jung woosung lee jungjae

 

Sebagai tindak balas, Shin Dong-yeop tersenyum sambil berkata,

Itulah sebabnya terdapat khabar angin awak sebegitu.

Terdahulu, Jung Woo-sung dan Lee Jung-jae digelar pasangan ‘Cheongdam’ kerana hubungan akrab mereka, sehinggakan ada khabar angin bahawa mereka bercinta antara satu sama lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Chosun
Loading...