Ikuti Kami:

“Saya Sunyi..” – Masih Bujang, Lee Dongwook Luah Ingin Cari Teman Wanita

“Saya Sunyi..” – Masih Bujang, Lee Dongwook Luah Ingin Cari Teman Wanita

Sudah pun mencecah usia 41 tahun, Lee Dong-wook pastinya ada terfikir untuk mencari pasangan hidupnya.

Baru-baru ini, Lee Dong-wook telah menghadiri sidang media untuk filem barunya “Single in Seoul”, di mana dia ada membuka cerita tentang kehidupan cintanya kepada orang ramai.

Ketika sesi temu bual, pelakon itu menyatakan,

Saya makin selesa sendiri. Sel cinta saya semakin mati. Apabila awak hidup bersendirian, awak tidak perlukan kebenaran dengan sesiapa pun.

lee dongwook

Luahnya lagi,

Saya sudah terbiasa hidup sebegitu sekarang. Namun, sebahagian daripada diri saya berasa sunyi. Saya ingin berjumpa dengan orang yang baik.

Sementara itu, filem “Single in Seoul” yang diterajui Lee Dong-wook dan Im Soo-jung ini akan ditayangkan pada 29 November nanti.

Semoga Lee Dong-wook jumpa jodoh yang baik buatnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...