Ikuti Kami:

Lee Dongwook Kembali Bikin Penonton ‘Cair’ Dalam Filem Romantik ‘Single In Seoul’

Lee Dongwook Kembali Bikin Penonton ‘Cair’ Dalam Filem Romantik ‘Single In Seoul’

Tak lama lagi, Lee Dong-wook akan kembali menemui penonton dalam filem romantik!

Untuk pengetahuan, Lee Dong-wook dan Im Soo-jung akan terajui “Single in Seoul”, sebuah filem yang akan mengikuti kehidupan dua orang yang berbeza iaitu Young-ho, seorang lelaki yang menikmati kehidupan solonya dan Hyun-jin, seorang penyunting majalah yang tidak suka bersendirian. Mereka berdua akan bekerjasama untuk mencipta sebuah buku tentang nikmat menjadi bujang.

Dalam filem ini, kedua-dua pelakon itu akan memaparkan keserasian mereka dengan kisah cinta antara 2 orang dengan jiwa berbeza.

Tambahan pula, Lee Dong-wook sering dikenali sebagai seorang pelakon yang pakar dengan genre romantik, telah meningkatkan jangkaan penonton untuk satu lagi watak ikonik dalam kerjayanya.

Sementara itu, “Single in Seoul” akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 29 November ini.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...