Ikuti Kami:

“Saya Terlepas..” – Kim Jongkook Dedah Sebab Masih Belum Berkahwin

“Saya Terlepas..” – Kim Jongkook Dedah Sebab Masih Belum Berkahwin

Sudah hampir memasuki usia 50 tahun, Kim Jong-kook pastinya mempunyai sebab masih belum berkahwin.

Baru-baru ini, Yoon Doo-joon, Kim Jong-kook, Yang Se-hyung dan Mimi telah muncul dalam episod terbaru “Authorized Personnel Only”, di mana mereka berjumpa dengan pekerja bawah tanah di lombong arang batu pertama dan tertua di Korea Selatan.

Dalam siaran itu, Kim Jong-kook bertanya kepada pekerja di situ,

Adakah terdapat detik yang berbahaya atau mendebarkan?

Menarik perhatian, seorang kakitangan mendedahkan bahawa pada tahun 1980-an, purata seorang pekerja kehilangan nyawa mereka setiap minggu di lombong Hwasun, adalah lebih dari 200 kematian.

kim jongkook

Soal Kim Jong-kook lagi kepada Kim Dong-wook iaitu ketua pasukan pengurusan keselamatan di situ,

Keluarga awak tak bimbang ke awak melakukan kerja yang berbahaya?

Jawabnya memberi petunjuk bahawa dia belum berkahwin,

Saya harap awak tidak bertanya kepada saya tentang perkara seperti itu.

Mendengar luahan lelaki itu, Kim Jong-kook turut bersimpati dan berkata,

Saya berada dalam situasi yang sama. Saya juga belum berkahwin.

kim jongkook

Apabila ditanya mengapa, ahli “Running Man” itu menjawab,

Saya terlepas masa yang sesuai kerana bersenam.

Dah sampai masanya nanti, ada lah tu jodoh buat Kim Jong-kook.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...