Walaupun dia kini di ambang populariti, namun rupanya Kang Tae-oh turut terkesan dengan beberapa komen negatif yang diterimanya bagi drama “Extraordinary Attorney Woo”.

Dalam satu sesi temu bual bersama Wikitree baru-baru ini, Kang Tae-oh sempat berkongsi bahawa dia sebenarnya agak terkesan dengan komen-komen yang diterima. Dia berkata,
Walaupun ada 100 artikel yang baik, saya tetap akan terkesan kalau ada 1 artikel yang buruk.
Sehingga ke hari ini, dia ditanya jika dia mempunyai sebarang reaksi yang terkesan di hati. Dia berkata,
Walaupun saya cuba untuk bertindak ‘cool’ tapi apabila saya membaca komen negatif, saya akan merasakan seperti anak panah menusuk jantung saya. Jadi, kalau kalian ada nampak sebarang komen negatif, terus tekan ‘dislike’.
Nyatanya, perkara seperti ini turut memberi kesan walaupun drama bersiri “Extraordinary Attorney Woo” kini merupakan satu drama yang hit di Netflix.
Kesian Kang Tae-oh… bawa bersabar ya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.