Ikuti Kami:

Park Eunbin, Kang Taeoh & Kang Kiyoung Ulas Mengenai Populariti ‘Extraordinary Attorney Woo’

Park Eunbin, Kang Taeoh & Kang Kiyoung Ulas Mengenai Populariti ‘Extraordinary Attorney Woo’

Para pelakon drama yang kini trending, “Extraordinary Attorney Woo”, baru-baru ini berkongsi pandangan mereka atas kejayaan drama tersebut.

Pastinya buat ketika ini, ramai yang mengikuti perkembangan drama “Extraordinary Attorney Woo”. Tidak dapat disangkalkan lagi apabila kejayaan daripada drama tersebut dapat dilihat menerusi pelbagai reaksi penonton setiap kali episod baru disiarkan.

Teraju utama drama tersebut, Park Eun-bin berkongsi pandangannya mengenai populariti dan karakter yang digemarinya. Dia berkata,

Bagi saya, saya sudah menyayangi watak Young-woo, menyayangi watak Young-woo setiap hari adalah sangat biasa bagi saya, tetapi penonton memberikan Young-woo sokongan dan minat lebih daripada yang saya jangkakan, dan saya amat berterima kasih untuknya. Saya berasa sangat gembira dan berpuas hati kerana terdapat ramai orang yang mengalu-alukan cerita Young-woo.

park eunbinPark Eun-bin turut berkata, sejak drama itu disiarkan, dia menerima banyak surat daripada penonton yang ada dalam kalangan mereka juga mempunyai spektrum autism.

Saya bersyukur mereka memahami sudut lakonan yang dibawa kerana saya sangat takut dan sangat berhati-hati dengan pembawakkan watak saya supaya tidak tersalah tafsir.

Drama itu juga dilihat berjaya mengusik jiwa penonton dan ekoran daripada itu, Kang Tae-oh mengulas,

Saya rasa ia adalah cerita yang membawa ‘warm vibes’ yang menyembuhkan perasaan semua orang, dan oleh itu ia juga berjaya mengusik hati penonton. Sebagai penonton, saya juga meminati Woo Young-woo dan orang di sekelilingnya, dan saya rasa tersentuh dan merasa gembira.

kang taeohKang Tae-oh juga berkata sambutan luar biasa yang diterima oleh drama itu telah membuatkannya terharu.

Setiap pelakon suka dan mengambil berat tentang peranan masing-masing, dan saya fikir penonton juga sangat menyukai semua watak, yang membuatkan saya tersentuh dengan emosi. 

Sementara itu, Kang Ki-young dengan rendah hati berkata,

Memandangkan ini adalah masa yang sukar untuk seluruh dunia, tidak ada banyak sebab untuk tersenyum. Jadi ia adalah satu penghormatan besar untuk dapat memberikan senyuman di wajah penonton. 

kang kiyoungDia terus bergurau,

Saya melihat komen yang mengatakan bahawa saya ‘seksi’, komen yang saya tidak fikir saya akan dapat melihat sepanjang hidup saya, jadi saya amat bersyukur.

Sepanjang 9 episod yang telah bersiaran setakat ini, “Extraordinary Attorney Woo” sememangnya berjaya meraih rating yang kian melonjak hari demi hari.

Tahniah atas usaha pelakon “Extraordinary Attorney Woo”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...