Ikuti Kami:

Pihak Produksi & Pelakon ‘Extraordinary Attorney Woo’ Bakal Diberi Ganjaran Patung Paus Emas

Pihak Produksi & Pelakon ‘Extraordinary Attorney Woo’ Bakal Diberi Ganjaran Patung Paus Emas

Pastinya sehingga saat ini, peminat K-Drama mengikuti perkembangan setiap episod terbaru “Extraordinary Attorney Woo” yang kian meraih rating hebat. Baru-baru ini saluran ENA mengeluarkan kenyataan kononnya mereka semua akan dihadiahkan paus emas. Eh?

Saluran ENA menyatakan bahawa mereka akan memberikan ganjaran yang lain bagi menggantikan percutian yang sebelum ini dirancang. Ganjaran ini diberikan untuk menghargai para pelakon atas usaha mereka untuk drama tersebut.

Saluran ENA menjawab perkara tersebut dengan memberikan kenyataan,

Untuk membalas jasa pihak produksi, para pelakon, dan krew yang terlibat dalam penghasilan “Extraordinary Attorney Woo”, Studio Genie telah memutuskan untuk menyediakan paus emas sebagai tanda perhargaan. Disebabkan oleh pelbagai faktor seperti pandemik COVID-19 dan juga bilangan krew yang besar terlibat, malah konflik penjadualan, jadi kami merasakan ianya adalah sukar untuk meneruskan rancangan untuk percutian bersama.

park eunbinTambahan kepada itu, saluran ENA turut menjawab mengenai khabar angin mengenai krew “Extraordinary Attorney Woo” yang merancang untuk bercuti di Bali, Indonesia.

Perjalanan itu bukan percutian ganjaran, tetapi perjalanan peribadi yang dirancang oleh pengarah dan beberapa pelakon. Kami tidak dapat memberikan sebarang maklumat lanjut mengenainya.

Wah, tak dapat bercuti pun tapi dapat paus emas kot? Mahal tu korang…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...