Ikuti Kami:

“Saya Terkejut…” – Koreografer Choi Youngjun Dedah Perangai Sebenar Ahli BTS

“Saya Terkejut…” – Koreografer Choi Youngjun Dedah Perangai Sebenar Ahli BTS

Eh betul ke ni?

Siapa sahaja yang tidak mengenali penari serta koreografer terkenal Korea Selatan iaitu Choi Young-jun yang juga merupakan salah seorang peserta dalam rancangan “Street Man Fighter”.

Baru-baru ini, koreografer itu telah membuat penampilan khas bersama dengan pengacara rancangan “Korea Now” iaitu Bella Kim. Di mana, dia telah menceritakan pengalamannya menjadi pelatih tarian dalam program survival idola serta membuat koreografi untuk beberapa nama terbesar dalam K-Pop, termasuk BTS.

Bagi yang tidak mengetahui, Choi Young-jun merupakan salah seorang koreografer yang mengambil bahagian dalam mencipta tarian bagi salah satu lagu BTS iaitu lagu “I Need You” pada tahun 2015. Malah, dia juga telah menceritakan tentang pengalamannya semasa bekerja dengan kumpulan global itu.

Koreografer berbakat itu mengakui bahawa walaupun BTS sentiasa mempunyai peminat yang sering menyokong mereka, namun pada masa ketika dia bekerjasama dengan mereka, kumpulan itu masih lagi sedang meningkat.

Bella Kim telah bertanyakan kepada koreografer itu jika ada sebarang pengalaman yang paling dia ingati ketika berkerja bersama dengan kumpulan itu.

Choi Young-jun berkata,

Sebagai penari saya hanya perlu fokus dengan tarian. Namun, lain ceritanya bagi penyanyi dimana mereka perlu menyanyi, menari serta menjaga ekspresi muka. Jadi, ahli-ahli BTS pada masa tu memang bekerja keras dan sangat penat.

Selepas latihan tarian yang memenatkan semua orang itu tamat, Choi Young-jun telah melihat salah seorang ahli BTS sedang berlari untuk mengambil botol air dan dia beranggapan bahawa ianya untuk ahli itu. Namun, ahli BTS itu telah datang dihadapannya dan membuka penutup botol itu sebelum menyerahkannya kepada koreografer itu.

youngjun

Dia yang terkejut terus memperlawa ahli BTS itu untuk minum air itu dahulu dengan berkata,

Tidak mengapa, awak minum dahulu sebab mesti awak lagi penat.

Tetapi ahli BTS itu tetap menyuruhnya untuk mengambil air itu. Malah, ahli BTS itu juga memastikan bahawa kesemua penari telah mendapatkan air dahulu sebelum dia mula mengambil tempat duduknya untuk berehat.

Choi Young-jun menambah,

Itulah BTS.

Pengacara rancangan itu bertanyakan kepada koreografer itu jika dia boleh memberi nama ahli BTS tersebut dan Choi Young-jun mendedahkan bahawa ahli BTS tersebut ialah J-Hope yang juga merupakan penari utama kumpulan itu.

jhope

Wah! Baiknya J-Hope!!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...