Ikuti Kami:

“Mereka Boleh Tapi BTS..” – Netizen Persoal Pemain E-Sports Dikecualikan Dari Khidmat Tentera

“Mereka Boleh Tapi BTS..” – Netizen Persoal Pemain E-Sports Dikecualikan Dari Khidmat Tentera

Netizen mempersoalkan keadilan selepas pemain E-Sports diberi pengecualian latihan ketenteraan?

Pada tahun 2022, kelayakan untuk pengecualian perkhidmatan ketenteraan telah diperluaskan kepada pemain E-Sports daripada pasukan kebangsaan Korea yang telah memenangi pingat emas di Sukan Asia Hangzhou yang buat pertama kalinya memasukkan E-Sports sebagai salah satu sukan rasmi.

Namun, keputusan ini telah menyebabkan perdebatan tentang keadilannya di seluruh negara mengenai pengecualian perkhidmatan ketenteraan untuk artis dan atlet.

Terlebih dahulu, Korea Selatan telah membezakan mereka yang memenangi pingat emas di acara sukan antarabangsa sebagai anggota seni dan sukan. Malah, mereka jika telah diberikan pengecualian daripada menyertai perkhidmatan ketenteraan yang diwajibkan kepada semua penduduk lelaki di Korea Selatan.

military

Latihan ketenteraan yang dihadapi oleh mereka ialah dimana mereka perlu menghabiskan masa selama 2 tahun untuk berkhidmat. Setiap individu akan memenuhi 3 minggu latihan asas ketenteraan dan melakukan kerja sukarela mengikut bidang masing-masing selama 544 jam. Selain itu, mereka juga perlu memenuhi tugas ketenteraan yang diperlukan oleh negara.

Terkenal sebagai GOAT (Greatest Of All Time) didalam permain “League of Legends”, Lee Sang-hyeok ataupun lebih dikenali sebagai ‘Faker’ bersama-sama dengan pasukan kebangsaan Korea telah memperoleh pengecualian ketenteraan selepas mereka memenangi perlawanan akhir permainan dalam talian yang popular di Sukan Asia Hangzhou.

korean gamer

Pengecualian ini telah menimbulkan perbincangan baharu tentang sama ada pengecualian ini perlu diperluaskan kepada artis popular yang mempunyai impak ketara di pentas global seperti ahli kumpulan terlaris di Korea Selatan iaitu BTS.

Pada masa ini, sebanyak 42 kategori pertandingan disenaraikan sebagai layak untuk mendapatkan pengecualian perkhidmatan ketenteraan di bawah kategori kakitangan seni dan sukan.

Percanggahan yang besar adalah jelas berbanding dengan budaya popular yang tidak mempunyai sebarang kategori pertandingan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Namun, anugerah yang sering diidamkan oleh penyanyi seperti Anugerah Muzik Amerika dan Anugerah Muzik Billboard yang telah dimenangi oleh BTS, tidak diiktiraf sebagai setara dengan pertandingan antarabangsa.

bts billboard

Dalam masa yang sama, terdapat juga netizen yang berpendapat bahawa artis popular tidak boleh dianggap layak untuk mendapat pengecualian perkhidmatan ketenteraan. Ianya kerana, aktiviti mereka didorong oleh keuntungan peribadi dan bukannya untuk kepentingan negara.

Pendapat korang pula macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...