Ikuti Kami:

Jungkook BTS Bakal Berkolaborasi Dengan The Kid LAROI?

Jungkook BTS Bakal Berkolaborasi Dengan The Kid LAROI?

Jung-kook nak kolaborasi dengan The Kid Laroi??

Jung-kook BTS yang baru sahaja mengeluarkan single debut solonya pada musim panas yang lalu iaitu “Seven” yang menampilkan penyanyi rap Amerika iaitu Latto, telah mengumumkam kemunculan semula bersama dengan album solo pertamanya ‘GOLDEN’ pada 3 November ini.

Para peminat telah membuat pelbagai spekulasi tentang siapa penyanyi yang bakal berkolaborasi dalam album yang bakal dikeluarkan oleh ahli BTS tersebut.

jeon jungkook

Namun dalam pelbagai spekulasi, peminat mendapati bahawa terdapat banyak tanda menunjukkan kemungkinan kerjasama antara Jung-kook dan penyanyi serta penulis lagu Australia iaitu The Kid LAROI.

Jung-kook sebelum ini telah menunjukkan minatnya kepada penyanyi itu selepas membuat cover lagu hitnya iaitu “STAY” yang juga menampilkan Justin Bieber di Weverse pada tahun 2021. Malah ahli BTS tersebut juga telah dilihat menonton set The Kid LAROI semasa Coachella 2023 pada bulan April yang lalu.

Namun, baru-baru ini The Kid LAROI telah memuat naik video dimana Jung-kook menyanyikan lagu “STAY” di Instagram miliknya.

Malah, penyanyi dari Australia itu juga telah memuat naik gambar mereka bersama dan kelihatan mikrofon di penjuru bilik tempat mereka berada. Kapsyen itu berkata,

Saya & JK.

Ianya juga telah membuatkan peminat bertambah yakin terhadap kemungkinan kolaborasi mereka yang akan datang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @thekidlaroi

Apa-pun kita tunggu Jung-kook umumkan nanti okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...