Konsert IU baru-baru ini sangat mencetuskan fenomena hebat kan?
Dek kerana konsert IU sememangnya memberikan satu kenangan yang luar biasa bukan sahaja buat para peminat tetapi juga dalam kalangan rakan artis.
Jay Park yang turut hadir sebagai tetamu undangan ke konsert IU sempat berkongsi pandangannya mengenai konsert “Golden Hour: Under the Orange Sun”.
Jay Park berkata,
Saya sebenarnya bersyukur IU menjemput saya. Ianya satu penghargaan. IU lagi muda daripada saya namun sebagai artis, saya menghormatinya.
https://twitter.com/bestleaderwrld/status/1571463965875793920
Mereka berdua membuat persembahan bersama bagi lagu “Ganadara” dan semestinya tidak dilupakan peminat. Dia menyambung ucapan dengan berkata,
Saya rasa ianya sangat hebat kerana dia mampu mengekalkan kedudukannya selam 14 tahun, dia pandai jaga diri, tiada satu masalah pun datang darinya, semua album dan persembahannya semua sempurna. Saya juga seorang penyanyi, jadi saya tahu betapa banyaknya pengorbanan dan usaha yang perlu dilakukan. Sebab itu semuanya nampak lebih hebat dan memuaskan. Saya rasa anda semua pasti berbangga sebagai peminat IU.
Best tak dorang duet bersama?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.