Ikuti Kami:

“Saya Sayang Semua” – IU Derma Hampir RM660K Bagi Golongan Memerlukan

“Saya Sayang Semua” – IU Derma Hampir RM660K Bagi Golongan Memerlukan

IU dermakan hampir 200 milion won (RM654,242) sempena ulang tahun ke-14 debutnya.

Menurut agensi IU, EDAM Entertainment, IU menggunakan gabungan nama “IUaena” bagi namanya sendiri dan juga kelab peminatnya untuk mendermakan sebanyak 100 milion won (RM327,121) kepada Jabatan Kebajikan Sosial Asan dan jumlah yang sama kepada Jabatan Kebajikan Metropolitan Seoul.

Derma yang diberikan kepada Jabatan Kebajikan Sosial Asan akan digunakan untuk rawatan kanser bagi wanita dan juga kanak-kanak yang mempunyai masalah kewangan. Manakala, derma untuk Jabatan Kebajikan Metropolitan Seoul akan digunakan untuk membantu anak muda yang ingin bebas dari masalah kewangan.

IU sempat berkongsi,

Selama ini saya berpeluang menghabiskan masa saya bersama aena yang sudah banyak menyokong tanpa henti. Saya harap ini dapat membantu memberi keajaiban buat semua yang memerkukan. Terima kasih, saya sayang semua.

Baiknya hati IU…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...