Ikuti Kami:

Agensi IU Beri Amaran Isu Penjualan Tiket Haram, Bakal Ambil Tindakan Tegas

Agensi IU Beri Amaran Isu Penjualan Tiket Haram, Bakal Ambil Tindakan Tegas

Khabar mengenai konsert yang bakal diadakan oleh IU tidak lama lagi semestinya mengujakan peminat. Namun, ada satu isu berbangkit, apabila khabarnya tiket konsert IU mula dijual secara haram.

Isu yang berbangkit kali ini berjaya dicegah dengan cepat oleh pihak agensi IU, EDAM Entertainment apabila mereka mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menepis isu ini.

Penjualan tiket untuk konsert IU, “The Golden Hour” bermula pada 8 Ogos untuk kelab peminat rasmi dan pada 11 Ogos untuk umum. IU akan menjadi penyanyi wanita pertama yang mengadakan konsert solo di Seoul Olympic Stadium, di Korea Selatan. Kedua-dua persembahannya akan berlangsung pada 17 dan 18 September. iuEDAM Entertainment pastinya menjalankan tanggungjawab dengan baik apabila mereka begitu tegas menepis penjualan tiket secara haram dan mengeluarkan kenyataan penting bagi prosedur penjualan tiket tersebut. Agensi itu menyatakan bahawa,

Daripada semua tiket yang dibeli melalui platform tiket alternatif rasmi, jika terdapat tiket yang telah dibeli melalui cara yang menyalahi undang-undang, termasuk yang diperoleh melalui pembelian pukal, yang dibeli melalui platform transaksi premium, yang dijual atau dibeli melalui laman akaun sosial media peribadi, dan lain lain lagi akan dianggap sebagai penipuan.

Semua peserta mesti membeli tiket untuk konsert itu sendiri dan secara sah. Tindakan seperti cuba mengupah pembeli tiket proksi atau memindahkan nama tiket akan membawa kepada situasi yang merugikan anda sendiri.

Dalam pada itu, EDAM Entertainment menambah,

Sekiranya mereka yang terlibat dalam pembahagian dalam transaksi tiket haram adalah ahli kelab peminat rasmi IU, keahlian kelab peminat mereka akan dibatalkan serta-merta, dan mereka akan disenarai hitamkan dan dilarang daripada menghadiri semua acara akan datang. Mereka juga akan dibuang secara kekal daripada keahlian kelab peminat.

Agensi IU turut merancang untuk membatalkan mana-mana tiket yang didapati datang dari sumber tidak sah, dan peminat yang mengetahui mengenai mana-mana platform penjualan tiket haram boleh terus melaporkannya kepada EDAM Entertainment.

Syabas EDAM Entertainment kerana bertindak tegas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...